Khamis, 9 Julai 2015

RAMADHAN-KU

Khamis
9 Julai 2015
Bersamaan 22 Ramadhan 1436 H

Bismillah,

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang, puji-pujian hanya untuk-Nya. Selawat dan salam kepada baginda Rasulullah, keluarga dan para sahabat baginda.

Semoga nukilan ini membawa manfaat, bukan membawa ku ke neraka dan menambah saham dosa di akhirat.

.........................................................

Sekian lama blog ini dibiar sepi tanpa sebarang tulisan, nukilan dan kata-kata. Kesibukan dalam mengejar dunia, menggapai akhirat membuatkan diri ini tidak sempat menjenguk walau hanya seketika blog yang sudah 'berhabuk', mungkin (senyum sendiri).

Pagi ini, tiada apa yang ingin dikongsi mungkin. Seperti biasa, sekadar menulis berpandukan luahan-luahan dan keluhan yang hadir daripada hati (gelak sendiri).

Luahan dan keluhan. Saban hari apabila membuka akaun 'Facebook', hanya dua perkataan itu sahaja yang sering dilihat di 'wall-wall' atau status 'Facebook' mereka. Ada yang putus cinta, rindu-rinduan, 'post' gambar sendiri, gambar makanan dan sebagainya. Kalau berkongsi ilmu dan maklumat penting, itu adalah satu perkara yang baik dan wajar diteruskan. Cuma luahan-luahan mereka..... Keluhan-keluhan mereka..... Kadang-kadang mengganggu pemikiran (diam). Mungkin mereka ada sebab tersendiri berbuat demikian. Yup. Niat itu penting. Niat mereka. Bukan dalam pengetahuanku. Minta maaf jika menghukum mereka dalam diam dan tanpa sedar.

.......................................................

Berbicara tentang Ramadhan. Tahun ini, aku merasai sedikit kelainan. Berharap agar diri ini menjadi insan dan hamba-Nya yang lebih baik. Insyaallah. Sebanyak mana pun dosa yang dilakukan, sebesar mana pun dosa yang dilakukan, jangan pernah berputus asa dengan-Nya. Cuma, kerisauan tetap mampir dalam diri. Teringat satu kisah, lebih kurang begini ceritanya:

      Terdapat seorang hamba Allah mengadu dan berkata kepada Tuhannya, "Wahai Tuhan, walaupun terlalu banyak dosa yang telah aku lakukan, Engkau tetap mengurniakan nikmat-Mu kepadaku." 

      Maka, Allah pun berfirman, "Ketahuilah, nikmat yang Aku kurniakan kepadamu adalah untuk menjauhkanmu, bukan mendekatkanmu dengan diri-Ku. Jika kamu adalah orang-orang yang berfikir."

.................................................

Kisah yang dikongsi mungkin tidak berapa tepat. Tetapi, apa yang ingin diambil daripada kisah itu adalah pengisian dan pengajarannya. Dosa bukannya seperti barang mainan. Dibuat sesuka hati dan kemudian bertaubat. Taubat bukannya barang mainan. Dibuat sekadar buat tanpa keinsafan dan perubahan. 

Pasakkan dalam diri dan jangan sama sekali untuk mengubahnya. Matlamat kita adalah Syurga, cita-cita kita adalah mendapatkan redha-Nya dan setiap nafas kita adalah pahala (jika kita sentiasa beringat).  

Ramadhan bakal melabuhkan tirai. Masjid dan surau semakin lenggang. Aidilfitri semakin dekat. Kebanyakannya, matlamat mereka sudah berubah daripada asal. Lalu, matlamat kita apa? Adakah masih kekal dan istiqamah? Moga-moga..... Tuhan tetapkan hati. Moga Ramadhan kali ini diberkati. Moga Ramadham kali ini membuatkan aku lebih mengenali diri sendiri. Moga Ramadhan kali ini membentuk diriku menjadi seorang Hamba. Moga Ramadhan kali ini, aku dikurniakan hati yang baharu.

Moga-moga..... Segalanya dalam dakapan doaku. Tuhan, makbulkanlah untuk aku dan mereka. Amin.


Ahad, 23 November 2014

KORBANKU

Dalam diam,
Masing-masing menyepikan diri,
Tiada madah bicara si pujangga,
Hanya melihat dengan pandangan mata insani,
Kerna hati mula kosong tanpa isi,
Yang berbicara hanya tindakan dan perbuatan,
Sedang Tuhan sudah lama mula menilai,
Sedang aku tetap terus begini,
Dibuai cinta rakusnya pada duniawi,
Penuh dendam, hasad dan dengki segala,
Aku tak pernah inginkan itu,
Apatah lagi mendoakannya,
Minta begini suratan jadinya,
Hingga pengakhirannya kabur tanpa noktah,
Tanpa penghujung yang pasti,
Bila dan bagaimana,
Hidupku bakal diakhiri,
Hanya kerana inginkan pengakhiran itu,
Aku sanggup korban segala,
Segalanya,
Hingga aku dilihat Tuhan,
Sebagai seorang hamba,
Benar,
Seorang hamba buat selamanya.
 
 
#mogaALLAHsayang
#LILLAHITAALA